2011年11月29日星期二

PAKAIAN TRADISIONAL
Baju Kebaya

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat  dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung,batik atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.
Dipercayai  kebaya berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun yang lalu.Lalu menyebar ke Melaka,Jawa ,Bali,Sumetera dan Sulawesi.Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun,pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa,kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana.Selama   zaman penjajahan Belanda di Pulau ini,wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi.Saban hari ,kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tebunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.
Nyonya  Kebaya
Pakaian yang mirip yang disebut “nyonya kebaya “diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka.Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut “kasut manek “.Kini ,nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan ,dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.
Terpisah daripada kebaya tradisinal ,ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi  desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden .Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.


Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat,Tanah Melayu .khususnya di negeri Melaka.Bagaimanapun ,sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan keduudkan ini.Tambahan pula ,mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru  dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkann pendatang-pendatang Cina masuk.Mereka memanggil diri mereka sebagai”Baba “atau “Perabakan kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina ,mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan melayu .Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman  silam ,iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu ,adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai”Baba “dari segi anutan ,kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha,namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian.