2011年12月2日星期五

Pakaian India


Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

SARI
  • Pakaian tradisional bagi wanita india ialah sari.
  • Sari diperbuat daripada jenis, corak dan warna kain yang pelbagai.
  • Pemakaian sari memerlukan sebidang kain berukuran 5 - 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
  • Untuk memakainya, kain sari ini akan dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
  • Semasa memakai sari, kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat bertujuan menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
BAJU PUNJABI
  • Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi yang terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

KURTA
  • Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
  • Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen

没有评论:

发表评论