2011年12月2日星期五

Pakaian Tradisional Sabah

Kadazan

Sinompukung

Balus dengan lengan ¾ (tiga suku). Kelazimannya dipakai bersama sinuangga seperti jaket. Ia dipakai apabila keluar rumah, umpamanya ketika melawat saudara-mara.

Kihongon

Blaus lengan panjang yang dipakai oleh wanita-wanita masyarakat Kadazan yang telah berumur atau mereka yang menjalankan istiadat keagamaan atau acara-acara ritual (bobohizan). Sulaman pada blaus ini menyerupai sulaman pada sinuangga.

Simis

Anak baju bewarna putih daripada jenis kain kapas. Ia dipakai sebelum memakai sinuangga. Lehernya berbentuk U dan adakalanya kain tudung di letakkan atau dimasukkan ke bahagian leher tadi.

Tapi'

Kain kelubung labuh yang lazimnya bewarna hitam. Kini diserikan dengan jalur atau renda bewarna emas mengelilingi pinggul lingga ke bahagian hadapan kain. Jalurnya bersilang di bahagin pinggang hingga ke kaki.

Gaung

Baju berlengan panjang pada masa kini, ia diserikan dengan renda dan butang bewarna emas.

Soura

Seluar panjang hitam dengan bahagian pinggangnya berjalur warna biru pekat. Renda bewarna emas di sisi seluar dan di bahagian pinggul untuk sentuhan potongan moden.

Sinuangga

Blaus lengan pendek dan kolar berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Bersulam disepanjang lipatan lengan, di sisi dan di belakang. Ia menggunakan benang kain bewarna merah, kuning dan krim. Jahitan utama ialah sinisuk bulus iaitu jahitan rantai atau rangkaian. Teknik jahitan berbulu juga digunakan untuk membuat binuunsi.
Butang Betawi dilingkarkan atau digelungan melalui tali dari dalam baju. Dengan cara ini, butang-butang tersebut boleh diguna untuk pelbagai baju. Butang tersebut diikat mersama dari atas ke bawah blaus dengan benang kapas. Saluran emas pada butang perak betawi tersebut merupakan simbol masyarakat Kadazan (penampong) di mana sekiranya seseorang berkemampuan mempunyai satu set yang mengandungi 30 butang (sonsolobuam), mereka dianggap orang berada.

Pakaian Bajau

Badu

Baju dari jenis kain satin yang berwarna cerah, lazimnya bewarna hijau dengan belahan ditepinya menyerupai badu sipak (pakaian lelaki).

Suar
Seluar yang diperbuat dari jenis kain yang sama tetapi berlainan warna dan dihiasi dengan renda bewarna merah di sisinya. Suar bewarna hitam lazimnya dipakai semasa majlis perkahwinan (pakaian lelaki).

Badu Sampit

Blaus lengan panjang dari jenis kain satin berwarna cerah yang dipakai untuk majlis-majlis rasmi. (Pakaian wanita).

Badu Sipak
Blaus dari jenis kain satin cerah, lazimnya bewarna kuning. Sehelai lagi dipakai di sebelah luar dan berbelah di bahagian lengannya dan memanjang kira-kira dua inci dari tangan. Belahan tersebut menyerlahkan dua warna yang kontra. Butang betawi turut dikenakan di hadapan blaus atau di lengan baju. Baju ini juga dipakai oleh pengantin perempuan di kalangan masyarakat Bajau.

Kain Mogah

Kain kelubung labuh hasil tenunan tangan. Kain ini mempunyai reka corak yang bersegi-segi dan berkotak-kotak dalam susunan berjalur. Warna dasarnya hitam, menakala coraknya pula bewarna merah. Ia dipakai oleh pengantin perempuan semasa majlis perkahwinan.

Olos Berangkit
Kain kelubung mempunyai panel lebar bercorak 'berangkit' di sebelah hadapan kain. Pelbagai motif digunakan sebagai corak kain seperti bunga kapan dan pucuk rebung. Walau bagaimanapun pakaian ini sudah jarang-karang kedapatan pada masa kini.

Selendang

Selempang atau bengkung yang diikat di pinggang.

 

 

 



没有评论:

发表评论